Nak berkongsi resipi dari hubby, "PADPRIK" berasal dari gabungan 2 sukukata iaitu "pad-"goreng" manakala "prik-"cili". Menurut cakap hubby masakan ni memang kena pedas tapi Padprik yang terdapat di setiap kedai makanan Tomyam disini memang berbeza sekali dengan padprik yang suami 't' ajar ni.Kalau di setiap kedai makan Tomyam, masakan ni berwarna merah kurang pedas tapi yang ni pula terdiri dari ramuan seperti serai, lengkuas, cili dan lain2.
Memang best giler 't' buat first time bagi mama try memang terangkat pedas tp tetap nak makan.Camne ye? Sebenarnya bukan 't' yang masak tapi hubby hehehe.... sebab hubby lg teror, 't' cuma assistant je tp kl buat kuih atau buat yang lain 't' la chef didapur dan hubby lak assistant aje. Walaupun kami didunia yang sama tapi kami dalam bidang yang berbeza. Jom cuba ... pasti xcaya.
Bahan2nya
*Cili Api ( nak pedas lagi ... cili padi hehehe...)
*Serai
*Lengkuas
*Bawang Merah
*Bawang Putih
*Belacan
*Lada Hitam (ditumbuk @ kisar)
*Lada Hitam (ditumbuk @ kisar)
Kacang Panjang
Lobak Merah
Bunga Kubis
Udang / Sotong
( .... nak ganti dengan ayam/ dging/ bbola ikan @ fish cake pun boleh)
Sos tiram
Napla
Garam
Gula
Penambah perisa ( 't' xmasuk )
Air
Cara2nya
#Semua yang bertanda * dikisar dengan sedikit air hingga halus
#Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan2 kisar td hingga naik bau.
#Masukkan sayur yang keras terlebih dahulu kemudian barulah di ikuti sayur2 lain tambahkan air kalau nak ianya berkuah ,
#Masukkan pula sotong/udang
# Tambahkan juga sos tiram, napla, garam, gula dan penambah perisa. Rasa tau!
Biarkan seketika sehingga masak dan tutuplah api.
Kalau sebelum ni nak makan padprik ni kenalah blender semua bahan2 tersebut sekarang tak payah dah. Hubby dah beli pes yang dijual dikampungnya so memang ada stok dalam peti sejuk tu. Tapi boleh gak buat pes sendiri cuma kami ni dah malas tambah lagi mama hehehe... nk masak yang senang je. Buat banyak2 blend semua bahan , kemudian panaskan minyak tumis hingga kering. Bila sejuk simpan, nak masak leh guna terus.
Sukatan bukan x nak bagi tapi biasanya memang main campak2 atau agak2 je. Kalau nk lagi pedas letak la cili api sekilo kl kena buasir jangan salahkan resipi lak. Sendiri yang cari nahas sendiri la tanggung tau!Kalau nak terasa serai, lengkuasnya bubuh lebih kang keluarla angin2 yang tersimpan sekian lama hehehe... bukan pe dah pernah buat pun sebelum ni hubby buh serai dengan lengkuas lebih habis berangin satu badan mama. Kalau tengok hubby masak pun memang main agak2 je dan main campak2 je tup-tup dah siap.
(stok pes yg siap dibeli dr kampung kelahiran hubby khas tuk mama bg memudahkan kerja memasak)
Selamat menjamu selera.
Sekian!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan