Nak jadikan cerita kerana bosan dengan kehidupan bekerja makan gaji dan kerja "kontrak" memanjang tidak nampak peluang untuk diserapkan sebagai pekerja tetap di syarikat sekarang. Saya pun bercita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri setelah puas mencari akhirnya saya dapat jawapan perniagaan ape yang ingin saya ceburi. Sudah semestinya saya nak jadi pembekal kuih lapis kuih talam.
Suatu ketika dulu, kira masih di usia muda dewasa lah ! Mama ada suruh belajar buat kuih2 ni bcoz mama pun memang pandai buat kuih2 melayu ni tapi alasan saya x minat. Tah mengapa tetiba sekarang terbukalak hati untuk belajar dan meniaga kuih2 ni kata orang " mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi'
So, sesiapa yang ingin mengadakan majlis kenduri ke tapi tidak ada masa untuk menyediakan juadah kuih ni boleh la cari saya ye! Pelbagai jenis kuih lapis dan talam ada saya buat antaranya Kuih Lapis Ubi Kayu, Lapis Kacang Merah, Lapis Koleh Kacang, Lapis Kastad Jagung, Lapis Pelangi, Talam Cendol, Talam Keladi, Talam Suji Durian, Talam Suji Gula Merah, Talam Pisang & Koleh Kacang. Banyak lagi pilihan alan menyusul kerana sekrang saya bz dok wat xperimen.
- Tempahan hendaklah dibuat dalam tempoh 5 - 7hr lebih awal
- Ukuran 10" x 10"
- Bayaran sebanyak 50% dikenakan
- Penghantaran boleh dibuat tapi caj akan dikenakan bergantung kepada jarak destinasi, tetapi digalakkan datang sendiri ambik
Tatiy Yusniza
012 9037950
Tiada ulasan:
Catat Ulasan