Yg follow t....

Isnin, Februari 06, 2012

Majlis Persandingan di PJ & Menghantar ke Penang ( Nor Azura)

Assalammualaikum ,

Alhamdullilah semua urusan selesai dan ty pun selamat pulang ke destinasi. Tiada sebarang kemalangan yg berlaku sepanjang perjalanan ini. Seperti yang ty janjikan , menjelang cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lepas memang sibuk utk ty. Sibuk dengan tempahan customer 1hal ... anak jiran sebelah rumah kahwin 1hal lagi. Sibukkkk teramat sangat tidonya xtentu. Sedikit citer tentang pengantin perempuan ni. Memang rapat masa kecik2 dulu kawan bermain. Memang kami rapat la sedangkan mak pengantin pun rapat juga tp masa berlalu semua berubah mengikut arus waktu. Mengikut haluan masing2 namun bila tiba majlis begini yang jauh didekatkan yg dekat dieratkan. Nor Azura adalah anak ke 3 pasangan Masitah dan Arbee. Yang menarik tentang Nor Azura ... percintaannya dan suaminya bermula dari sekolah rendah lagi. Fuhhhhh .... dasyat kalah percintaan ty dengan hubby. So utk majlis akad nikah minta maaf le ty xsempat nak snap gambar rsanya time ni ty dh pengsan akibat kepenatan menguruskan tempahan. So layan je la gambar yang sempat ty snap sepanjang majlis persandingan tersebut.


Bertemakan Purple White ... kali ni berbeza dengan persandingan kakak2nya. Cantik sangat.


Majlis Khatam Al-Quran pengantin dan adiknya Nur Farazila. Hahahaha ... dah pesan suh mengaji elok2 jangan wat mama malu nape gopoh sangat Nor Azura awat xsabau nak bersanding ye? Mama selaku guru yang mengajar mereka mengaji sebab tu la jugak kami rapat. 



Tetamu dah datang .... dah semakin ramai maknya makan time. Hubby dah lapar la sama le dengan ty pun lapau. Antara juadah yang disediakan yg ty ingat Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Goreng Berempah, Daging masak Hitam, Dalca, Papadam, Acar Buah dan yang paling sedap yg ty makan Kerabu Kacang Botol huhuhu. Bila ty korek2 rahsia rupanya kerabu tu jiran ty yang buat pe lagi minta resipi la minta sample xdapat dapat resipi pun ok la nanti ty nak buat. 


Ruang makan tuk pengantin santap pun cantik. Cam ruang makan di raja la pulak kan? 
Ye la Raja Sehari ...


Kek Pegantin dihias dengan Apam Ladybird dan Angry Bird yang ty buat hihihihi .


Tu dia pengantinnya Nor Azura & Mohd Noor cinta sejati mereka hingga ke jinjang pelamin alhamdullilah moga2 diperkuatkan lagi hingga ke dalam syurga. Selamat Berbahagia wahai pengantin.


Atas permintaan ank sulung ... minta ty buatkan Pulut Kuning bagi mengenangkan Ulangtahun Perkahwinan emak dan ayah mereka pada hari yang sama Nor Azura bersanding. First time ty buat dengan bantuan mama tiada pengalaman tapi ty buat beberapa rujukan alhamdullilah bila tanya balik pada puan yang menempahnya mereka kata sedap. Thanks to mama la sebab ty ambik bahagian hiasan je mama yang sediakan pulut kuning dan rendang daging. Kalau de sesiapa nak tempah dengan ty pulut kuning berhiasa boleh aje.

MAJLIS MENYAMBUT DI PULAU PINANG
4 FEB 2012

Selang 2minggu berikutnya majlis menyambut menantu bagi pihak lelaki diadakan di Pulau Pinang. Rombongan bas disediakan oleh pihak pengantin perempuan. So ... dek kerana x banyak membantu semasa majlis di PJ jadi ty pun dengan rela hati pergi mewakili papa n mama. Xmanis le kalau xg sebab jiran sebelah rumah kan2? So ikuti pula kisahnya ....


Bas yang membawa kami mula bergerak meninggalkan PJ sekitar jam 8.15 pg menuju ke Seberang Prai Pulau Pinang. Penuh dengan penumpang dr Johor & Ijok ni saudara mara pengantin, dan dari PJS jiran2 la. 


Sepanjang perjalanan kami lancar ... banyak juga kenderaan dan konvoi bermotorsikal. Konvoi ke Jeli menarik perhatian ty tapi xsempat nak snap gambar.


Setiba di Terowong Menora ...keadaan mula sesak tiba2. Dalam hati tertanya2 berlaku kemalangan ke? Tapi keadaa lancar selepas itu. Rupanya kesesakan arah ke Ipoh de sedikit masalah. Yang arah ke utara tu sesak sebab sibuk nak tengok kikiki ...


Hentian rehat yang kami singgah untuk solat dan juga untuk mrnjsmu selera. Sebelum meneruskan perjalanan ke tempat destinasi hilang kan lelah kejap lenguh gak duk dalam bas ni. Cantik tempat rehat ni ... yang ni Hentian Rehat Bukit Gantang Sebelah Utara. 


Dah sampai kawasan Seberang Prai Pulau Pinang ... tempat yang kami tujui ialah kawasan Simpang Ampat, Seberang Prai. Jauh juga ... tp itulah pengalaman yang ty lalui. Panas terik wey!


Dah sampai ... huhuhuhu panas terik tul. Keletihan kami semua. So masuk kampung xsama ye dengan sambutan di Bandar besau. Sambutannya ala kadar je. Xde paluan kompang ... xde arakan pengantin ... xde bunyi karaoke. Berjalan ke rumah pengantin pun agak jauh jugak kepenatan le kami. Sampai je terus dijamu pe lagi kami memang kelaparan. Maaf le ty xsempat nak snap gambar makanan sebab terlalu kepanasan dan kepenatan. Ty makan laksa je ... first time makan laksa de sambal sotong kikiki tp mabelos sgt2. Setelah makan kami berehat di sebuah rumah .. kemudian kami dipindahkan ke Home Stay agak jauh juga dr rumah pengantin. Maaf juga sebab terlupa nak snap gambar home stay kikiki. Jauh dari pekan ... suasana malam sunyi betul gelap la sangat tanpa lampu jalan. Kalau nak drive pun xreti ni mau terbabas masuk longkang jalan pun kecik muat2 keta sebuah. Selepas magrhib kami djemput tuk jamuan makan malam. Ayam bbq ... bedal je perut dah lapau ni. Xsabau nak balik KL kikikiki 


Dah pagi ... kami dijemput untuk menikmati sarapan sebelum bergerak pulang. Setelah habis makan yang menarik perhatian kami adalah tentang POKOK BUAH PALA. Korang pernah tengok ke? Ty sendiri xpernah tengok pokok buah pala ni first time ty tgk. Wahhh besau pokoknya kata tuan empunya pokok ni susah sikit nak semai anak benih nak tunggu membesau pun ambik masa yang lama. Boleh dikatakan rombongan kami ni agak kejakunan le bila dapat tengok pokok yang popular di Pulau Pinang. Kan dah sinonim jeruk Buah Pala so kami akhirnya kenal gak rupa buah pala sebelum dijerukkan. Ty dapat la sebiji bawa balik simpan tuk kenangan kikiki ... kata tuan empunya pokok lagi buah pala ni kalau di blend airnya leh menyejukkan badan alaaa kalau sebiji camno nak blend kan? 


Selamat tinggal  ... Kg Tasek Junjung Simpang Ampat Seberang Prai Pulau Pinang. Terima kasih atas layanan  terhadap kami amat hargai kerana banyak pengalaman yang kami nikmati ketika disini. Yg baju kuning tu driver bas kami kikiki .... ade ke patut dia tinggalkan kami kat sini pas tu dia g Kulim tido kat sana. Hahahaha ... memang xpatut. Ty dimaklumkan bahawa kasawan ini bersempadanan dengan Kulim Kedah patut la loghat pun nak pekat tang kedah. Kami bergerak ke Pulau Pinang ... tertido la pulak. 


Tertido laaa ... masa sampai tengok2 bangunan Komtar kat depan mata. Haaa bila lak bas ni seberang jambatan Pulau Pinang. Ty tanya Ina kakak pengantin yang dok sebelah ty ... dia jawab memang seberang pun haaaa nape xkejutkan ty. Marah tul . Bas ni dok pusing2 kat bandar pening lak ty. Alih2 jalan tu jugak yg ditembusnya. Pe yang dcri driver ni. Rupanya makcik2 ni nak p beli jeruk tu la bas ni dok pusing2 3-4kali cari tempat yang diaorang cakap tu. Dah cantik la Komtar tang bawah tu de Komtar Walk lagi. Yang bestnya Pawagam Odeon masih lagi berfungsi kat Penang. Odeon kat KL dah closed pun. Nasi Kandar tu dah memang popular kat Penang kan. 


Shopping time ... makcik ni borong jeruk wahhhhh. Siap test lagi ye. Ty beli sikit je sebab kang xde sape lak nak makan. Dari membazir baik ty berjimat cermat kan2? Ty p jalan2 sorang2 tp xde ape2 sangat la. Ty lapau sebenarnya nak cari tempat makan tapi xjumpa sebab masa yang diperuntukkan tuk kami shopping jeruk 1jam je. Ahhhh .... ty jalan ikut suka la pe lagi.

Tempat kami beli jeruk berada di hadapan Balai Polis ni. Bangunan kedai2 yang menjual jeruk memang kat sini. Ade peniaga cina kat luar tapi kalau korang ke dalam sikit maka dapatlah beli jeruk dari orang melayu kita tapi kena jalan sikit ye. 


Kedai yang menjual Cenderahati ... 


Pemandangan dari Jambatan Pulau Pinang. Wahhhh .... hebat indah sungguh. Lautan yang luas ni memang menakjubkan. Kalau diperhatikan sebaik2nya boleh dilihat pembinaan jambatan ke dua Pulau Pinang tapi halus sangat xleh nampak. Bila agaknya nak siap pembinaan jambatan ni nanti jangan lupa bagitau ty nak p potong reben ye. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti makan di Stesyen Bas Butterworth. Setelah makan kami meneruskan perjalanan benti seketika di hentian rehat Taiping tuk solat. Perjalanan diteruskan lagi namun berhenti sekejap di Hentian Bukit Gantang sebelah Selatan makcik2 ni nak borong buah2an. Makcik2 ni kalau benti 10kali pun diaorang sure akan turun bershoping kikiki


Hentian terakhir kami di Behrang ... shopping lagi makcik2 ni kikiki. Kali ni shopping keropok la pulak. Ty dok dalam bas je malas la nak kuar nak rehat dah le semalaman xtido.


Alhamdullilah ... dah sampai Plaza tol PJS 2. Wahhhh rindunya kat hubby. Xsaba nak jumpa hubby nak masuk bilik nak zzzzzz . Pe2 pun thanks kepada Puan Masitah sekeluarga kerana belanja kami ke Penang. Nanti kalau anak lain nak kawen lak conform la nama ty dalam senarai ye. 

Sekian, wasalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan