Yg follow t....

Selasa, November 22, 2011

Tempahan datang lagi ....

Assalammualaikum,

Lama gak ty x update blog ye. Dulu bukan main rajin update la ni dah jadi pemalas lak hehehe ... jangan marah ye. Kalau ty update tiap2 hari kang de yang jemu lak membaca so sekarang ni kalau free ty update seminggu sekali kalau malassss ty update sebulan sekali ye sal tempahan2 yang ty terima ni.

Masuk je bulan November ni agak sibuk la sikit. Dengan cuaca yang tidak menentu menyukarkan kerja ty mane nak buat pas tu nak pi hantar lak. Isyhhh ... leceh tul nak cari despatch pun payah dah de sorang tapi .... nak kena pujuk lak baru leh tolong. Letih la camni ye?! Tambahan pula awal bulan 11 semua umat islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Nak wish pun xsempat tau tu la sibuk sesangat. Rancang lain jadi lain lak ... hahaha. Jom la tengok pe jadi kat dapur ty sepanjang bulan November ni ,

Joanne QSP, ni x ofismate ty masa keja dengan JCI. Sekarang ni Joanne dah tukar tempat kerja. So Joanne tempah tuk ofis barunya kat Sect. 13, PJ. Yang menjadi pilihan warga CSC Serimuka Pandan, Cucur Badak dan Buah Melaka. Ni utk tempaha 2 & 3 November 2011.

2 November, masih hari yang sama namun tempahan untuk orang yang berbeza lak. Ni tempahan dari staff NAFAS tapi ty lupa namanya. Puan yang menempah sila bagitau namanya ty dah lupa .... Tempahan ni katanya untuk jamuan disekolah anaknya. Tapi jamuan tersebut postpone minggu hadapan so mak ayah yang kenduri hehehe. Dasyat le .. pe2 pun thanks krn bagitau ty bingka ubikayu ni sedap kembang kecup ty kejap hehehe....


3 November , ini tempahan dari VADS staff. AB dan Koleh Kacang. Thanks ye!

3 Nov & 4 Nov. Z yang bekerja di Brem Mall KL membuat tempahan untuk rakan2nya. Mereka berkenan dengan Apam Polkadot serta de yang berkenan dengan Apam Angry Bird. Thanks Z!

Ila dari Mydin USJ membuat tempahan Frozen Pulut Panggang n Bingka Arbianca. Bila ty tanya Ila katanya nak bawa balik kampung tuk mertuanya. Harap2 mak mertua Ila suka la dengan Bingka Arbianca ni ye. Sape2 yang belum cuba Bingka Arbianca ni memang patut cuba kalau loyang besau agak mahal pe kata try loyang kecik xrugi insyaallah ty akan buat sebaik mungkin. Rasanya lain dari bingka biasa. Walaupun bahan asasnya adalah ubikayu tapi adunan bahan2 lain adalah lain sama sekali. Memang unik rasanya. 

5 Nov. tempahan menjelang AidilAdha .. actually tempahan AP ni dibuat oleh 2orang customer namun salah sorang customer xjadi ambik dengan tempahannya so ty ni xsuka la tamak2 kan lagipun menjelang raya haji besoknya ty sedekah sekotak AP pada customer yang sorang lagi. Xpe la ... bukan rezeki ty dah biasa gini ragam customer xsemua sama. Pe2 pun thans Che Nab tuk tempahan AB katanya nak bawa balik Perak.

6 Nov. semua umat islam menyambut Raya Haji @ Aidiladha. Kalau orang lain sibuk memasak rendang n ketupat tapi ty lak sibuk menyediakan tempahan customer. Nampaknya rumah ty la xde pe2 nasibla ye! Ai Sha - BisnesLink (FB) merupakan rakan bisnes ty. Kalau nak tau ty tempah sticker n bisnes kad dari Sha le. Kami xpernah bersua sekadar berbual di telefon je itupun masa ty nk buat tempahan bisnes kad. Lalu Sha pun membuat tempahan dari ty sempena sambutan Raya Haji. Pilihan Sha ... Kuih Bakar Pandan, Roti Jala n Vanila Mufin. Pagi2 orang bersiap sedia tuk ke masjid kami kuar g hantar tempahan dulu husben teman kan. Alhamdullilah , kami sempat gak mengerjakan solat sunat Aidiladha. Thanks Sha.

Jiran ty Che Biah berkenan kat Talam Sago Banjar ... so ni tempahannya tuk Raya Haji yang lepas. 
Thanks ye!

Suraya jiran jauh ty , pun berkenan dengan Talam  Sago Banjar. Selain itu Suraya berkenan kat Mini Cistat. Memandang ty cuma de stok stoberi filing je so ni je la ty dapat buatkan tuk Suraya. Mama tolong hantar ke rumah Su. Sebenarnya kami ni nama je berjiran tapi ty xkenal sangat Su yg pasti Su pasti kenal ty sebab dalam taman perumahan ni sape la xkenal anak Pak Megat hehehehe ....

9 Nov. setelah lama bercuti sempena Raya Haji ... tempahan kembali hangat semula. Tempahan kali ni datangnya dari Zu @ Yana yang bekerja di Bank Rakyat Wisma Bandar KL. Tempahan utk bosnya xsilap ty. Pe2 pun thanks bos sudi gak tempah dengan ty kan. Thanks again.

Dah hantar kat Zu @ Yana , ty merempit p hantar kat staff NAFAS Sect 51A. Ty memang lupa la nama staff ni xingat sangat tapi dia dah tempah 2kali. Ty minta maaf ye. Tempahan kali ni tuk jamuan anaknya yang postpone sebelum ni. Coklat Cistat ni filingnya agak cair sikit. Ty minta maaf kalau buat keja rushing sana sini memang ni la masalahnya. Pe2 pun ty harap xserik la tempah dengan ty ye. 

Tempahan berikutnya dari Z Brem Mall KL. Ape lagi kalau bukan AP tuk kawan2nya.
 Thanks ye.

10 Nov. Tempahan awal pagi tuk kak Idah yang bekerja di Realise KJaya. Pagi2 merempit cam nak pi kerja lak. Kali ni ty dah bagi kuah banyak2 so kak Idah cukup x? Pe2 pun thanks ye kak Idah.

11 Nov. tempahan last minit ni tuk Kak Norlida tauke HP dari Bentong Pahang hehehe. Yang bestnya kak Lida ni cakap nak sampai umah ty selepas isyak tunggu punye tunggu hahahaha rupanya kak Lida sampai kat2 kul 12 malam. Cam citer Cinderella lak. Ty dengan mama ingat kak Lida tolong tutupkan Low Yatt Plaza sebab sebelum ni kak Lida g tau dia pi Low Yatt sat ambik stok hp. Isyhh ... kelakar tul tapi lega sangat Kek Karamel yang kak Lida minta jadi dengan eloknya. Thanks kak kerana ty dapat Coklat lagi pas ni xnak coklat tau ty nak hp hehehehe ...

12 Nov. Tempahan dari Salina, Ampang merupakan members page TY Homemade Kuih Muih. Berkenan dengan Coklat Tart tuk Konvo anak daranya. Wahhh ... anak2 sekarang ni kecik2 dah de konvo zaman ty dulu xde la xmerasa ty pakai jubah konvo. Dah le time belajar kat u pun x khatam langsung kantoi xdapek terus pakai hehehe ...

13 Nov. Tempahan dari Syeri TTDI. Berkenan dengan AP utk dibawa ke sekolah anaknya ke esokkan harinya. Thanks Sheri ... kalau sedap tempah lagi cuba la talam lak.

14 Nov. Tempahan dari Ekin @ Yong dr Malaya Acid Sect. 51a, PJ. Tuk ofisnya berkenan dengan Kuih Badak n Pulut Panggang. Xsilap Ekin bagitau de tetamu datang ke Ofisnya tuk lawatan so dia nakkan kuih2 ni panas ... isyhhh mane leh tahan panas kalau visitor tu datang kul 10lebih sedangkan ty hantar kul 9lebih hehehe. Pe2 pun thanks Yong.

15 Nov. Tempahan dari Kak Niza Gombak. Pagi2 ty dah merempit ke Gombak dengan JP. Kali ni kak Niza tempah Talam Suji , Lapis Kacang Merah n Frozen Samosa. Actually kak Niza suh ty hantar malam semalamnya tp ty xde transport memandangkan sekarang ni musim hujan so payah le nak kuar. Tu pasal ty prefer kuar pagi. Pe2 pun thanks kak Niza.

Tempahan sebelah malam dari kawan JP. Berkenan dengan AP nape ye semua suka AP? Sebab comei ye? Ni pun tuk anak2 bawa sekolah gak. Thank ye tauke ayam hehehe ...

16 Nov. Tempahan dari seseorang yang mengenali ty tapi ty xkenal dia hahahaha.... tu la dah cakap ty ni glamor sebab papa glamor so ty tumpang glamor papa le. Actually makcik ni pernah tempah dengan ty cuma ty xtau mungkin dia tempah atas orang tu pasal ty xingat kan. Pe2 pun thank u ye kerana tempah direct dengan ty so pas ni selalu2 la buat tempahan tau. 

Setakat ni dulu ye ... kalau nak ikuti perkembangan yang terkini pe kata singgah kat TY Homemade Kuih Muih (FB).  Pas ni ty nak sambung citer sal tempahan menjelang cuti sekolah. Letih tul ... tapi sonok sebenarnya sebab ramai yang dah kenal dengan ty. Thank pada yang membuat tempahan n so sorry kalau de yang tidak memuaskan hati kerana ty dah cuba yang terbaik k. Pe2 pun thanks ... n tunggu citer selanjutnya.

Sekian, wasalam!

1 ulasan:

  1. Ita, sama2 la kita berusaha utk berjya k. Thanks adikku!

    BalasPadam