Yg follow t....

Khamis, September 22, 2011

Gerak Gempur Dapur Rayo minggu ke 3 Syawal.

Assalamualaikum ,

Wah cuti panjang ye minggu pas. Ramai yang buat rumah terbuka. Adela sorang kawan ni ty jumpa masa nak beli barang kat kedai. Dia tanya ty xbuat ke rumah terbuka. Nak tau x pe yg ty jawab?! "Kak kl ty buat open house kang rumah org lain xleh la buat open house sebabnya diaorang oder kuih dengan ty" hehehehe ... senyum je kawan ty tu! Ty mane de masa nk buat open house. Kalau sape2 yang buat open house den tempah kuih muih dengan ty kira tu open house ty gak la kan? Boleh ke? hahahaha .... Actually ty bukannya sentiasa tutup pintu pun kl dah datang ketuk pintu mesti la ty buka kan? ! Xkan nk halau lak ... cuma ty khuatir langkah tu kanan ke kiri. Sbbnya kalau langkah kanan maka makan sodap2 la kalau langkah kiri alamakkk... makan serdak biskut hehehehe. Minggu ni agak kepenatan yang luar biasa. Bukan ibu luar biasa cm citer Supermak tau ... tangan dari 2 dh jadi cm sotong byk tangan nk kacau ni nk adun tu sat2 kat sini sat2 kat situ sat2 lagi lari ke depan pas tu kebelakang. Adoiii ... pas ni nk g Spa kalau bajet lebih memang nk kena g Spa urut badan yg lenguh2 ni. 

Jom la tengok n dengar citer ty tentang tempahan yg ty terima sepanjang minggu ke 3 Syawal ni. Kelam kabut dapur ty. Jap kemas pas tu selerak balik, kemas selerak kemas selerak tah bila nk kemas kl selalu selerak hahahaha .... pas ni nk cari bibik la tolong kemaskan. Jom layan ,

14 Sept .... kesibukkan ty bermula dengan tempahan yg ty terima dari Khairin Husin @ Rin yg bekerja kat Vads TTDI. Tempahan yg dibuat olehnya adalah Talam Keladi Berlauk n Bingka Arbianca tuk meeting setiap hari rabu. Manakala Talam Ubikayu ni t buat khas tuk Kak Idah yg berkerja di Realise. Hujan2 tau ty pi hantar sooo ... kak Idah, ty dah tunaikan janji ty ye. 

15 Sept ... merupakan hari khas tuk AP hehehehe! Ty terima tempahan AP pada hari ni sebanyak 1050bj, dimana ianya ditempah oleh 3orang yang berbeza iaitu Kak Idah dr REalise Kelana Jaya menempah 600bj AP yg dibungkus kecik setiap satu bungkus mengndungi 3biji AP yg temanya purple. 300bj lagi ditempah oleh seorang ... ( ty dh lupa namanya ampun kak!) yg duk kat AU3 Keramat n last sekali tuk Azi from Bukit Jalil yg menempah 150bj AP. Delivery terakhir adalah pada pukul 11mlm.

Hari yng sama ... cuma tempahan saat akhir ty terima dari Cikgu Zuraida. Actually dh lama cikgu xtempah dengan ty sejak kes AP dulu kan? Kak Zu nak try cistat yang ty buat ni isyhhhh sedap ke kak zu? Sementara tunggu Kak Zu sampai ty dan mama melepak kat depan Habib Jewels Ampang Point sambil pekena Steambot. Rupanya inilah kali pertama mama makan steambot xpe ma nnt kita datang lagi makan. Pada Kak Zu ... thanks ye krn masih ingat pada ty lg.

16 Sept, Tempahan pertama tuk hari Jumaat ty deliver pada Kak Ila yang duk kat Seksyen 19 Shah Alam. Tempahannya merupakan Pulut Panggang n Talam Ubikayu. Xsilap ty sempana rumah terbukanya yang bakal dibuat selepas solat jumaat. Thanks Kak! Yang ty xsempat nak snap akibat keadaan yang kalut n kelam kabut ... Ila dr Shah Alam juga duk di Kuarters Politeknik Shah Alam telah menempah 200kpg Roti Jala n Talam Sekoteng. Ni memang ty lupa nak snap sebab ty rushing nak hantar coz rumah terbuka Ila bermula pukul 5ptg. 

Untuk makluman semua, Roti Jala ni adalah menu baru dalam blog ty. 
RM30 / 1kg @ RM35 /100kpg
Sekiranya berminat boleh la cuba tau! 

Tempahan yang akhir tapi tempahan pertama yang ty buat. Tempahan kali ni datangnya dari Kak Norlida Hisham dari Bentong Pahang .... kwn fb yg best n lemah lembut je orangnya. Kak Lida tempah 3biji Kek Karamel. 2 biji Bingka Arbianca n Puding Marble. Ni nak citer sikit ... ty start membakar kek karamel seawal 8pg xbenti ... last bakar kul 12malam patut la ty rasa oven ni meragam rupanya dia xrehat2 lg. Nasib xmeletup je kan? Puding Marble ni first time ty buat atas permintaan Kak Lida. Cm sedap je, actually org yg tempah ni memang untung tau sebab mereka yang pertama merasa sedangkan tuan rumah xsempat lagi nak rasa orang lain dh merasa. Semua tempahan kak lida ni adalahh utk jamuan rumah terbukanya pada hr sabtu. 

Last oder tuk 16 Sept Niza dri Taman Ibukota Gombak. 3biji Bingka Arbianca ... last minit juga oder tapi cam biasa la kalau last minit oder jawabnya datang ambik sendiri kan? Pe2 pun thanks kak kerana sudi tempah dengan ty. 

17 Sept ... hari mencabar dah bermula ty tido pun xcukup lagi ni mata dah bengkak tp tempahan customer tetap kena ty siapkn. Kali ni tempahan ty terima dari Zu yg duk kat Kinrara alaaaa seberang jalan je. Ty ckp dengan Zu nak htr malam namun xsompek la nampaknya so ty htr sebelah pagi dalam kul 8pg. Zu tempah dengan ty Karipap Ayam , AP n Serimuka Pandan yg ty xsempat buat adalah Koleh Kacang maaf ye dik mungkin lain kali kak belanja adik. 

Setelah itu ty bergegas utk penghantaran ke Setia Alam , Klang. Puan Norashikin telah membuat tempahan 2loyang Lapis Ubikayu dan 2loyang Talam Sago Banjar. Pengalaman ty ke Setia Alam ... sebenarnya ty rasa pernah dengar cub xleh nak gambarkan tempatnya kat mane. Masa ty col tuk tanya arah ... alamak ty pun confuse gk. Tapi ty ambik tindakan pergi juga dan sampai beberapa tempat ty benti n col . Alhamdullilah ty sampai gak cuma mak oiii jauh tul cam nak balik kampung je. Last sekali memang betul la sangkaan ty yang tempat ni memang kami ( ty n husben ) pernah lalu cuma masa kami lalu adalah kawasan pekannya. Hahaha ... memang lawak kan? Selain itu, jiran ty juga de membuat tempahan 1loyang Talam Tokyo n 1loyang lagi Lapis Ubikayu. Yang menjadi masalah kali ni Lapis Ubikayu ty xberapa nk menjadi xtau tang mane salahnya.

 
18 Sept ... msasih x cukup tido lagi ni. Dalam keadaan mengantuk ty terpaksa buat penghantaran ke Gombak first customer kak Niza menempah Talam SAgo Banjar n AP. Customer berikutnya Lydia pun dari Gombak membuat tempahan Karipap Pusing Kentang + Telur Rebus. Ty terpaksa berhenti beberapa kali tuk mengelakkan berlakunya kemalangan memandangkan ty lum tido lagi. Namun alhamdullilah perjalanan pergi n pulang ty dilindungi ty pulang dengan selamatnya.

Tempahan yang terakhir tuk minggu ke 3 Syawal ty terima dari Rozita Abdullah dr Klang. Kali ni ty terpaksa minta bantuan sepupu ty sebab ty memang xleh drive lagi. Thanks Shahrul kerana sudi tolong kak ty. Rozita telah membuat tempahan awal . Memang awal iaitu dalam bulan puasa tau ... tempahan yang Ita buat adalah Karipap Kentang+ Daging , Talam Keladi, Talam Tokyo n Lapis Pelangi , Dadih Stoberi dan Bihun. Meriah sungguh sambutan rumah terbuka di rumah Ita banyak sungguh makanan yang terhidang semasa ty sampai . Yang ty perasan de kambing panggang n sate. Wahhh  ..... mesti tetamu yang datang seronok tengok makanan yang ade. Tuk Ita ... t ucapkan berbanyak terima kasih atas tempahan yg dibuat. 

So, korang nak tau ... selamat je semua penghantaran ni sampai je rumah ty dah xleh nak buka mata n terus tido. Dari dalam keta dah memang nk tido tapi segan lak dengan sepupu ty tu. Dah la minta tolong dia kan... pe2 pun thanks again Shahrul @ ty panggil Bang Ngah. Utk semua customer ty, sekali lagi terima kasih kerana telah memeriahkan suasana dapur ty kali ni. 

Sekian, wasalam!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan